Pages

Showing posts with label subhanallah. Show all posts
Showing posts with label subhanallah. Show all posts
Wednesday, January 26, 2011

terhantuk kepala ku ini

aku baru je terhantuk dgn satu post indah daripada blogger fav aku..

 

 

sesungguhnya ujian datang tiada penghujungnya..ALHAMDULILLAH..ALLAH MASIH SAYANGKAN AKU…

 

Manusia bertanya : Kenapa aku diuji ?


Qur’an menjawab : Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : “Kami telah beriman”, sedang mereka belum diuji? (Al-Ankabuut : 2).




Manusia bertanya : Kenapa aku tidak diuji saja dengan hal-hal yang baik ?


Qur’an menjawab : Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Al-Baqarah : 216)




Manusia bertanya : Kenapa aku diberi ujian seberat ini?


Qur’an menjawab : Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. (Al-Baqarah : 286)




Manusia bertanya : Bolehkah aku berputus asa ?


Qur’an menjawab : ..dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir. (Yusuf : 87)




Manusia bertanya : Bagaimana cara menghadapi ujian hidup ini?


Qur’an menjawab : Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung. (Ali Imraan : 200)


Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu’. (Al-Baqarah : 45)




Manusia bertanya : Bagaimana menguatkan hatiku?


Qur’an menjawab : ..Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal.. (At-Taubah : 129)




Manusia bertanya : Apa yang ku dapat dari semua ujian ini?


Qur’an menjawab : Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.. (At-Taubah : 111)

Friday, November 12, 2010

aku x mampu berpaling darinya..=)

sape yg mampu tahan diri x tgk ciptaan ALLAH ni..

bukan ikan ye..itu dh di share..

ni nk share lg satu anugerah ALLAH..

Image001

Image000

Image005

COMEL!!!

ADORABLE!!!

falisya az-zahra

2 months and a half

dulu dukung dia mse she’s only 10 days old..

falisya

dia adek AFIF..

both r my cuzen’s children

 

 

 

ye

aku obses dgn baby!!!

yes

i am

Thursday, October 14, 2010

adakah aku tulang rusukmu??

Setiap jOdoh dan pertemuan semua di tangan Allah SWT......

WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?

LELAKI : Kamu!!!

WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?

LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti).Kamu, tulang rusukku!

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah.

Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!". LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah.

"Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".

Lima tahunberlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI : Apa khabar?

WANITA : Baik... kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?

LELAKI : Belum.

WANITA : Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal..."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan sendiri…

 

bebel2 lagi: adakah beliau jodoh untuk ku?hanya ALLAH MAHA MENGETAHUI...perkenankanlah doa kami Ya ALLAH…

Tuesday, March 2, 2010

“Weird” scenery of cloud

 

Satu pemandangan yang pelik bila awan ni muncul di Las Olas Beach in Maldonado, Uruguay. Gambar ini diambil pada 25 Januari 2009. Pelik betul, nampak macam ade bandar terapung je kat atas tu..

Subhanallah..

 

A Roll Cloud Over Uruguay

Credit & Copyright: Daniela Mirner Eberl
Explanation: What kind of cloud is this? A roll cloud. These rare long clouds may form near advancing cold fronts. In particular, a downdraft from an advancing storm front can cause moist warm air to rise, cool below its dew point, and so form a cloud. When this happens uniformly along an extended front, a roll cloud may form. Roll clouds may actually have air circulating along the long horizontal axis of the cloud. A roll cloud is not thought to be able to morph into a tornado. Unlike a similar shelf cloud, a roll cloud, a type of Arcus cloud, is completely detached from their parent cumulonimbus cloud. Pictured above, a roll cloud extends far into the distance in 2009 January above Las Olas Beach in Maldonado, Uruguay.

 

kat bwh ni plak kat Malaysia..2nd Link JB-Spore.

Bukan senang kita nak tengok pembentukkan awan yang macam ni. Ni lah kuasa Allah SWT.

Ada yang bagitahu:

ini fenomena yang biasa, terutamanya di tempat-tempat seperti laut, fenomena tersebut sering disalah ertikan dengan ribut taufan, perkara tersebut hnya berlaku jika wujudnya faktor2 seperti angin kencang + air, ole itu fenomena ini hnya berlaku di kawasan laut, & tidk akn ke darat

awan2 Keajaiban Allah Di 2nd Link JB Singapore

awan3 Keajaiban Allah Di 2nd Link JB Singapore

awan4 Keajaiban Allah Di 2nd Link JB Singapore

awan5 Keajaiban Allah Di 2nd Link JB Singapore

Source: amazingnara.com