assalamualaikum w.b.t..
14hb Oct..hari yang akan pasti aku ingat sampai bila2..pemergian arwah abah di awal pagi hari ahad itu masih segar dlm ingatan aku..seperti tidak percaya dgn apa yang berlaku..jujur aku masih berlagak biasa kerana masih terkejut.. arwah pergi dalam tidurnya..namun aku syukur kerana arwah abah tak menanggung sakit dan terlantar di atas katil lama2..tu yg arwah kata pada mama..dia xnk saket lama..xnk susahkan org..Ya Allah..Kau Maha Mendengar..Kau Maha Penyayang..
kini..3 minggu sudah berlalu..tp ABAH..Kau masih dan tetap segar di hati ni..sejujurnya aku rindukan mu..terlalu rindu..hanya kiriman doa dan Al-Fatihah yg mampu ku beri pada mu..dan insyaAllah aku akan sentiasa ingat semua pesanan mu dihari2 akhir mu..sesungguhnya begitu banyak pesanan mu..
Aku sedar kau ayah yg sentiasa memberikan yg terbaik utk aku..segala jasa dan susah payah kau masih aku ingat..kau sentiasa penuhi apa yg aku inginkan..
Aku berdoa padaMu Ya Allah..Tempatkan lah arwah abah di kalangan org2 yg beriman..Kau terimalah amalan baiknya Ya Allah..ampunkan segala dosanya Ya Allah..Aminn..
Sedihnya :( Sama macam my arwah bapak.Dia meninggal mengejut dan dia tak pernah terlantar walaupun di hospital.Beberapa hari sebelum dia meninggal, kami ingat dia demam biasa aja.Masa tu dia ada ckp,dia tak nak menyusahkan anak2 :(
ReplyDeleteAl Fatihah sekali lagi