Pages

Monday, March 8, 2010

Dysmenorrhoea??????what is that??

it is popularly known as PMS…premenstrual syndrome..kepada sesiapa yg slalu mengalami benda ni dia tau la betapa seksa nya ‘fenomena’ ni seperti yg aku slalu alami..

macam2 symptom akan berlaku dpends kat individual tu sendiri..4 me..cramp yg teramat kat perut smpai kaki..saket pinggang..xleh kne aircond n xleh panas2 (temperature kne balance je)..pimple kluar sesuka hati..rase mcm nk marah je kat semua org seminggu sblum period(benda ni dh dpt di detect oleh si dia sbb slalu sgt kene marah ngn aku x pasal2 kot..)sory syg..=( cepat nanges..rase letih n x bermaya..insomnia..rase nk pitam n loya..loya ni yg x best…asek g bilik air je nk muntah..dh mcm pregnant dh…huhu…lagi 1 benda yg aku pasti akan pakai mse PMS ialah stokin..dh mmg mcm dalam pantang..ish2..cian aku..

aku slalu kene benda ni tp dh lame x kne yg hectic punya…smlm n arini aku dpt blik yg hectic tu..huwaaaaa…sgt terseksa..bukan nk bercerita benda x senonoh…tp ni kenyataan..for guys..u must at least paham yg gals mmg mengalami benda ni n must try to help pape yg ptot especially moral support..cewahhhh..haha…

so..back to my latest story psl PMS ni..arini aku MC dek kerana tidak dpt menahan perasaan..eh..silap..menahan rase saket yg menikam2 perut ku..arghhhh..saket yg amat..xleh wat pape..smlm aku baring sepanjang hari..arini nk bgun pagi pon x larat..nk muntah n saket perut lg..so..pg klinik berhampiran…dapat 2 ubat..analgesic and ponstan..both ni painkiller sbnarnye..my syg said ‘suka la tu dpt cuti’..suka ape nya..cuti kerana saket mmg x best ok..huhu..rse nk lepak atas katil je..nasib baek ptg ni dh ok sket..cume rase loya x ilang lg..

DSCN4497

MC aku…

aku takot gak mendengar kate org pasal PMS ni..if saket sgt mase PMS maybe susah nk pregnant…hmm…so sad to hear that tp aku yakin..Allah Maha Besar..mesti ade hikmah saket2 ni semua..aku pnah tnye doctor bhye x PMS ni…dia kate normal for certain woman..yg penting my PMS x melarat2 sampai beberapa hari n saket every period..alhamdulillah..aku x la sampai tahap yg lbh hectic dari certain org..

so..kat sini nk share sket info bout PMS…

Kesakitan dismenorea ini adalah disebabkan pengecutan atau pergerakan kuat otot-otot uterus. Dismenorea mungkin menjadi disemenorea primer atau sekunder bergantung kepada penyebabnya:

Dismenorea Primer (ni yg aku kena ni)
Kebanyakan gadis telah mengalami senggugut bermula period pertama mereka atau sejurus selepas itu. Gadis yang mendapat period pada umur 12 atau lebih awal dan mereka yang mempunyai period lebih lama lebih berkemungkinan untuk mengalami dismenorea primer. sebab nya ialah:

  • Chemical imbalance ( prostaglndin ni la bahan kimia yg wat kite sume alert dgn rase saket..Wanita yang mengalami dismenorea menghasilkan lebih banyak prostaglandin di dalam uterus mereka..so..aku terlebih produce prostaglandin la ni..ish2..=P)
  • genetic ( if family member ade yg PMS gak..so..kite pon mungkin kena skali..mcm aku..dpt dari mama..huhu)

Dismenorea Sekunder
Dismenorea Sekunder adalah apabila senggugut bermula sekitar dua tahun atau lebih selepas period pertama. Sesetengah wanita yang mengalami dismenorea jenis ini dapat diubati dengan pil penahan sakit. Dismenorea jenis ini memerlukan rawatan lanjutan oleh doktor. Dismenorea sekunder disebabkan oleh:

Kamu akan tahu yang kamu mengalami dismenorea primer apabila:

  • Kesakitan telah mula dirasai sejak pertama kali kamu period atau 6 hingga 12 bulan selepas itu.
  • Kesakitan mula dirasai beberapa jam sebelum atau sejurus selepas permulaan period.
  • Dua hari pertama haid adalah paling sakit.
  • Kesakitan mungkin akan hilang 2 atau 3 hari selepas permulaan period.
  • Kesakitan mungkin dirasai di bahagian belakang badan, peha dan kaki.

aku mengalami semua perkara di atas..huhu..

Langkah pencegahan:

  • Perbaiki diet kamu: Jangan cuba untuk hilangkan berat badan secara drastik. 
  • Kurangkan garam.
  • Variasikan pilihan minuman kamu: Banyakkan minum jus buah-buahan. Ia lebih enak dan sihat berbanding aiskrim atau minuman berkarbonat. Elakkan teh, kopi dan minuman beralkohol beberapa hari sebelum period kamu.
  • Ambil Vitamin Tambahan.
  • Ambil lemak asid Omega 3..ia boleh mengurangkan kesakitan dismenorea.
  • Kekal aktif. no lembik2 ya..cpat bersenam..ni tak..aku bersenam atas katil ke..siap kuak lentang lg..hihi
  • Berhenti merokok
  • Tenangkan fikiran. Belajar untuk meditasi. Kamu juga boleh mendengar lagu (lagu jiwang2 mcm Wali band= harga diriku, baik-baik sayang..haha..sgt menenangkan aku..tp utk korang x tau la..kang x pasal2 dgr lagu jiwang2 b’tmbh parah plak..sila selidik penerimaan diri sendiri dlu ya..hihi) atau meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan dengan menonton filem kelakar..Bergelak ketawa juga dapat menenangkan urat saraf..smlm dh bergelak ketawa ngn Sya, my best buddy slame 2 jam setengah..best2..hihi..tp pas tu saket balik..terover sampai urat saraf pon marah kot..huhu

    Kamu boleh melakukan perkara-perkara di bawah untuk menolong mengurangkan kesakitan:

    • Lakukan sesuatu! Jangan tunggu sampai sakit itu semakin teruk. Ambil pil penahan sakit untuk mengurangkan kesakitan. Pastikan kamu makan sesuatu sebelum mengambil pil penahan sakit. Jangan pendam kesakitan ketika diserang dismenorea.
    • Tuam perut..Dapatkan tuala dan rendam di dalam air suam. Perah tuala dan letakkan tuala di atas bahagian yang sakit. Lakukan sehingga kesakitan reda. atau cara yg aku slalu buat..guna hot water bag..senang citer..=)

     

     

    • Tarik nafas dalam-dalam. Baring dan tenangkan diri kamu. Jika kamu pening, padam lampu di dalam bilik dan jauhi bunyi bising. Kesakitan akan berkurang selepas kamu mengambil pil penahan sakit.

    Perlukah saya ponteng kelas atau kerja ketika saya mengalami senggugut?
    Dismenorea memang menyakitkan. Ia boleh menjadi lebih teruk dan kebanyakan perempuan perlu berehat di rumah dan baring di atas katil untuk sembuh. Ia amat difahami. Apabila kamu rasa tidak sihat, pastikan kamu beritahu cikgu atau sesiapa di pejabat tentang keadaan kamu…jadi..memang x salah aku MC kerana PMS…=)

    ok..that’s all aku nk share psl hal wanita..baru ku sedar skrg aku dh ckup dewasa..=) jadi..aku kena lebih alert tentang penjagaan diri demi masa depan yg cerah…hihi..

    orait..till my fingers meet keyboard again..daa….

    source: http://www.kotex.com.my/body-and-you-kesihatan/period/perihal-senggugut.aspx

  • 0 org nk cakap jugak:

    Post a Comment